Monday, 29 October 2012

Rancangan Percutian Saya

    Saya  belum  lagi  merancang  untuk   pergi   ke   mana-mana pada   percutian  akhir  tahun  ini. Tetapi, saya  berfikir  untuk  belajar  dan  membaca  buku  kegemaran  saya. Saya  akan  membuat  jadual  pada  akhir  tahun  supaya  saya  dapat  belajar, bermain  dan  berasa  seronok  dengan  keluarga. Saya  tidak  pasti  tetapi   mungkin  ibu  bapa  saya  akan  membawa  saya  ke  Resorts World   Sentosa  kalau  kalau  kerja  ibu  saya  memberinya  tiket  percuma  untuk  ke  sana. Saya  hanya  berharap  ibu  saya  akan  mendapatnya.  Jika  saya  tidak  dapat  tiket  itu, saya  akan  terus  tidur  di  katil  saya.

Thursday, 11 October 2012

Persiapan Peperiksaan SA2 Saya

       Ibu bapa saya selalu memarahi saya. Mereka hendak saya belajar hari - hari di sekolah dan rumah. Walaupun saya tidak pernah sekali pun belajar untuk peperiksaan, saya selalu mendapat markah yang tinggi. Hati saya tidak rasa senang apabila saya selalu menipu ibu bapa saya bahawa saya sudah belajar.

       Saya tahu satu hari saya akan gagal dalam peperiksaan. Rasa malas saya untuk belajar sungguh tinggi. Perasaan saya apabila mengambil peperiksaan ialah rasa tekanan dan malas.

       Tiada orang lain kecuali abang saya memberi saya sokongan dalam peperiksaan. Selain itu, saya membuat semua kerja saya sendirian. Kalau saya tidak dapat menjawap sesuatu soalan selepas 15 minit, baru saya tanya abang saya untuk menolong.

       Harapan saya ialah untuk menjadi anak yang paling pandai dari keluarga saya. Saya mahu membuat keluarga saya bangga dengan kelakuan saya dan membuat ibu saya hidup senang. Ibu saya selalu ada masalah wang pada masa sekarang.