Thursday, 11 October 2012

Persiapan Peperiksaan SA2 Saya

       Ibu bapa saya selalu memarahi saya. Mereka hendak saya belajar hari - hari di sekolah dan rumah. Walaupun saya tidak pernah sekali pun belajar untuk peperiksaan, saya selalu mendapat markah yang tinggi. Hati saya tidak rasa senang apabila saya selalu menipu ibu bapa saya bahawa saya sudah belajar.

       Saya tahu satu hari saya akan gagal dalam peperiksaan. Rasa malas saya untuk belajar sungguh tinggi. Perasaan saya apabila mengambil peperiksaan ialah rasa tekanan dan malas.

       Tiada orang lain kecuali abang saya memberi saya sokongan dalam peperiksaan. Selain itu, saya membuat semua kerja saya sendirian. Kalau saya tidak dapat menjawap sesuatu soalan selepas 15 minit, baru saya tanya abang saya untuk menolong.

       Harapan saya ialah untuk menjadi anak yang paling pandai dari keluarga saya. Saya mahu membuat keluarga saya bangga dengan kelakuan saya dan membuat ibu saya hidup senang. Ibu saya selalu ada masalah wang pada masa sekarang.

1 comment:

  1. Baguslah kalau awak sudah sedar, Ali!
    Cikgu percaya awak dapat mencapai segala impian awak selagi awak rajin berusaha! :)

    ReplyDelete